Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

Penjawat awam dan ketua kaum diminta main peranan, Rayong


Caption: MANFAATKAN...Rayong (kanan) menyampaikan alat siaraya kepada Raweng (kiri) sambil disaksikan oleh Kumpang (tengah), Edwin (tiga kanan) dan Linda (dua kanan) pada majlis itu.


ENGKILILI, Selasa (1 Feb) – Penjawat awam dan ketua kaum perlu turun padang untuk mengelakkan anasir-anasir luar mempengaruhi pemikiran penduduk rumah panjang dalam negeri ini mulai sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata banyak pihak akan tampil menyampaikan dakyah mengenai kerajaan yang tidak dapat disahkan kesahihannya terhadap penduduk rumah panjang menjelang pilihan raya negeri ini.

“Ketua kaum dan penjawat awam perlu bertanggungjawab untuk membetulkan kembali segala spekulasi tidak benar mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap penduduk rumah panjang selama ini.

“Mereka adalah golongan yang paling hampir dengan penduduk luar bandar. Justeru saya berharap agar penjawat awam dan ketua kaum dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Alat Siaraya anjuran Task Force P.203 Lubok Antu bertempat di Rumah Shem, Perangu, Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga mengingatkan penduduk bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memimpin dan menyelesaikan masalah kebajikan hidup mereka dari segi segala aspek selama ini.

“BN berkemampuan menyelesaikan masalah hidup penduduk walaupun dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik memandangkan kerajaan mempunyai sumber untuk tujuan itu semenjak daripada dahulu lagi.

“Untuk memastikan keadaan ini berterusan, saya berharap agar penduduk dari kawasan luar bandar untuk terus menyokong penuh BN pada pilihan raya negeri akan datang,” menurut beliau.

Rayong pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada JKKK Rumah Shem, RM5,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan dan seterusnya menyampaikan dua enjin pemproses getah kepada rumah panjang berkenaan.

Beliau juga menyempurnakan majlis penyerahan alat siaraya sumbangan Task Force yang diketuai oleh KEMAS Parlimen Lubok Antu kepada Pengerusi JKKK Skim Skrang iaitu Encik Raweng.

Hadir sama ialah Penyelia Kanan KEMAS P.203 Lubok Antu, Kumpang anak Datuk Tutong, wakil KPD Lubok Antu, Inspektor Robert Achang, Pegawai JASA Engkilili, Edwin Ancheh, Pegawai JASA Batang Ai, Lindalyn Kawi, para wakil jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment