Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 January, 2011

Menjelang Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011: Pasukan AY17 sedia!


Caption: SEDIA!!! Abang Yahya (duduk tengah kanan) dan Samsuddin (duduk tengah kiri) bersama skuad AY17 sedia mengalas cabaran pada saingan Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman pada hari ini (Sabtu).

- 21 Jan

Pasukan AY17 menyatakan kesediaannya untuk menghadapi saingan mana-mana pasukan bagi saingan Kejohanan Piala Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011 yang bakal berlabuh tirai perlawanan pada 22 Januari ini (Sabtu).

Pemain yang bakal mengalas cabaran ini ialah Awang Samsuddin Sulaiman, Sarkawi Salleh, Awang Mahmud Awang Drahman, Mohd Affendi Jeraie, Isahak Uju, Wan Ahmad Wan Sulung, Awang Affendi Awang Olen, Awang Sarbini Awang Sani, Dailet Mohd Pani, Abdul Talib Bojeng, Jamil Gundai, Norseman Sarkawi, Awang Hussaini Awang Borhan, Tahir Brahim, Awang Razak Awang Bujang dan Menita Son Suai.

Pengurus pasukan, Abang Yahya bin Abang Sulaiman ketika ditemui memberitahu pasukan AY17 telah menjalani latihan mental dan fizikal yang secukupnya semenjak sebulan yang lepas bagi menghadapi saingan Liga Veteran terbabit bermula dari 22 Januari hingga 6 Februari kelak.

“Kita juga turut melatih setiap pemain untuk mengamalkan semangat berpasukan yang tinggi dan berdisiplin bagi menghadapi saingan daripada mana-mana pasukan bertanding pada perlawanan itu kelak.

“Wan Ahmad, Awang Affendi dan Awang Sarbini akan menjadi sandaran utama pasukan AY17 dalam menghadapi saingan terbabit. Justeru kita berharap agar pasukan kita mampu mara ke peringkat perlawanan akhir pada 6 Februari ini nanti,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa skuad senior pasukan AY17 kini sedang menjalani latihan bagi menghadapi saingan Kejohanan Liga Bola Sepak Sri Aman 2011 yang bakal berlangsung pada 19 Februari ini nanti.

Terdahulu Abang Yahya telah menyerahkan jersi pemain pasukan AY17 kepada jurulatihnya Awangku Samsuddin bin Pangeran Kassim menerusi upacara ringkas yang berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman baru-baru ini.

Pasukan AY17 dibawah kendalian Samsuddin ini akan dipertemukan dengan pasukan PDRM menerusi perlawanan pertama mereka pada 23 Januari (Ahad) jam 4.30 petang di Padang Lama KPSU Sri Aman.

Kejohanan Piala Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011 anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman (SAFA) menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM700 kepada pasukan juara, RM500 kepada naib juara dan RM300 kepada pasukan tempat ke-3.

Sejumlah empat buah pasukan akan berentap dalam saingan Kejohanan Piala Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011 ini antaranya ialah pasukan AY17, PDRM, Cahya Mata Malaysia dan MICU.

Kehebatan pasukan AY17 sebelum ini dianggap setanding dengan pasukan Zaimie Team, dan Galaticos menerusi pencapaian cemerlang pasukan terbabit dalam saingan kejohanan futsal dan liga bola sepak di Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment