Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2011

Kelab Gimnasium Rakyat anjur program perjumpaan ringkas


Caption: SERONOK...Isaac (duduk kiri) bersama ahli kelab ketika menjayakan program perjumpaan ringkas di kemudahan tersebut baru-baru ini.


SRI AMAN, Rabu (12 Jan) – Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman tidak ketinggalan untuk menyambut Tahun Baru 2011 menerusi program perjumpaan ringkas yang diadakan oleh kelab tersebut pada lewat petang hari Ahad lepas.

Program perjumpaan ringkas sempena sambutan Tahun Baru 2011 yang berlangsung di perkarangan luar Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman ini membabitkan kehadiran lebih daripada 30 orang pengguna pusat terbabit.

Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman, Isaac Stalin anak Simon ketika ditemui memberitahu program ini merupakan salah satu usaha pihaknya bagi merapatkan hubungan kerjasama dikalangan para ahli bagi sepanjang tahun 2011.

“Program perjumpaan ringkas sempena sambutan Tahun Baru 2011 ini sebenarnya turut diselitkan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pusat kemudahan ini bermula jam 2 petang.

“Kami mahu mewujudkan suasana ceria dan kondusif di kalangan pengguna dengan adanya pusat kemudahan gimnasium yang bersih bagi sepanjang tahun 2011,” menurut beliau.

Aktiviti gotong-royong ini kata Isaac kemudiannya diakhiri dengan aktiviti jamuan makan untuk semua ahli serta pengguna yang hadir bagi menjayakan program perjumpaan ringkas berkenaan.

Justeru beliau berharap agar program berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan semua pengguna ke arah memantapkan pengurusan kemudahan gimnasium rakyat ini di masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment