Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2011

Kekal momentun pembangunan BN - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Sawing (kiri) sambil disaksikan oleh Zawawie (dua kanan) pada majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (8 Jan) – Rentak pembangunan di sesebuah kawasan bergantung sepenuhnya kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Ini kerana rentak pembangunan terbabit kata beliau boleh terganggu sekiranya pihak pembangkang berjaya menguasai kawasan penempatan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu daripada BN selepas pilihan raya.

“Pelan pembangunan yang sedang dilaksana atau dirancang oleh BN pada ketika itu akan terbantut jika pihak pembangkang menang di kawasan mereka pada pilihan raya negeri atau parlimen.

“Kita tidak mahu melihat berlakunya perkara ini. Justeru saya berharap agar rakyat dapat meneruskan sokongan padu mereka terhadap kerajaan BN pada pilihan raya negeri ini nanti,” katanya berucap merasmikan Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Rumah Kanselor Sawing Sumar, Paku Ulu Undop, Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

Selain itu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kata beliau juga turut memainkan peranan dalam membantu hal ehwal penjagaan taraf kesihatan rakyat di kawasan luar bandar selain menjaga keselamatan negara pada masa sekarang.

“Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia ini membuktikan bahawa tugas pihak ATM tidak hanya terhad kepada aspek keselamatan negara sebaliknya turut turun padang bagi melakukan aktiviti kebajikan untuk rakyat dari masa ke semasa.

“Saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan oleh pihak ATM demi mewujudkan hubungan lebih erat di antara rakyat dan pihak tentera pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Panglima 3 Briged merangkap Pegawai Memerintah 13 RAMD, Kem Pakit Sri Aman, Leftenan Kolonel Zawawie Adam, Setiausaha Sulit kepada Harden, Jerome Runggol, Tr Kanselor Sawing Sumar, para ketua kaum dan rakyat di sini.

Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Rumah Sawing yang bermula dari 7 hingga 9 Januari ini diselitkan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan pemberian ubat secara percuma.

Tamat.

No comments:

Post a Comment