Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2011

Jimmy Uding cari bapa kandung kepada anak angkatnya

SRI AMAN, Khamis (13 Jan) – Seorang bapa dari Pantu, Sri Aman iaitu Jimmy anak Uding mahu mencari ibubapa kandung kepada anak angkatnya iaitu Anasthasa Deborah bagi tujuan permohonan perdaftaran anak angkat selepas ini.

Beliau ketika ditemui memberitahu, Anasthasa ketika berusia dua bulan telah diambil sebagai anak angkat pada 20 November 2003 daripada pasangan Jackway Richard Lingkoi dan Slyvia anak Jugah, dari Kampung Tanu, Betong ketika mereka bekerja di sebuah kilang dalam kawasan Kuching dahulu.

“Saya memohon ibubapa kandung kepada Anasthasa untuk menghubungi saya di talian telefon 019-8798409 bagi membolehkan kelancaran proses permohonan pendaftaran anak angkat selepas ini,” katanya.

Anasthasa kata Jimmy kini sudah berusia lapan tahun dan menuntut dalam kelas darjah dua, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Kuching.

Justeru beliau berharap agar paparan berita ini akan membolehkan ibubapa kandung kepada Anasthasa menghubungi beliau secepat mungkin menerusi talian telefon yang tertera dalam akhbar ini.

Jimmy yang bekerja sendiri pada masa sekarang turut menambah bahawa laporan polis berhubung perkara ini telah pun dilakukan di Balai Polis Batu Kawah, Kuching pada tarikh pengambilan Anasthasa sebagai anak angkat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment