Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 January, 2011

Jangan malu luah masalah kepada YB kata Simoi



Caption: PENGHARGAAN...Simoi (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Masir sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain ketika berlangsung majlis itu.

Pix originally by Sulaiman Amut,

JASA Lingga

SRI AMAN, Ahad (30 Jan) - Rakyat tidak harus segan untuk mengadu masalah diri atau komuniti masing-masing terhadap wakil rakyat dalam kawasan mereka demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.


Katanya rakyat tidak harus segan untuk berbuat demikian memandangkan wakil rakyat bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul dikalangan rakyat dalam kawasannya selama ini.


“Wakil rakyat tidak akan tahu masalah yang melanda rakyat dalam kawasannya jika rakyat segan untuk melaporkan masalah membabitkan diri mereka atau komuniti masing-masing selepas ini.


“Setiap masalah yang dilapor akan kita cuba kita selesaikan dan jika masalah itu serius kami akan cuba bawa isu terbabit ke peringkat lebih tinggi atau diselesaikan pada peringkat kawasan sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Program Info Bestari 1Malaysia di Rumah Masir, Nanga Peruan, Sri Aman kelmarin.


Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat dalam kawasan DUN Lingga untuk menolak segala hasutan oleh pihak pembangkang lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri kelak.


“Saya berharap agar rakyat bijak menilai mana-mana pihak yang pernah memberikan sumbangan terhadap pembangunan hidup mereka selama ini sebelum melakukan tindakan seterusnya pada pilihan raya nanti.


“Kerajaan akan terus membangunkan hidup rakyat. Justeru bernaung di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah merupakan satu tindakan bijak untuk kemajuan hidup diri,” katanya.

Hadir sama ialah wakil Ahli Parlimen P.201 batang Lupar, Mohd. Speri Haji Abdul Karim, Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman,Sharifah Rahimah, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fracio Ferdiansyah Abdillah, Pegawai JASA DUN Lingga, Sulaiman Amut dan Pengerusi K-Bestari Kampung Pangkat / Stumbin, Haji Shamsuddin Saliman.


Simoi pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM2,000 kepada Rumah Masir bagi menampung kos pembaikan semula atap rumah panjang terbabit selepas ini.


Tamat.

No comments:

Post a Comment