Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 January, 2011

Hujan lebat, getah tak dapat potong



Mugshot :

1. EMBU...Tak dapat menoreh

2. MURA...Cari pendapatan tambahan


SRI AMAN, Sabtu (15 Jan) – Masalah banjir acapkali menjadi topik perbualan utama dan tumpuan bagi mana-mana pihak tertentu termasuk penduduk ketika berlangsung musim Tengkujuh pada waktu sekarang.

Bagaimanapun disebalik kerisauan terhadap kemungkinan berlakunya masalah banjir akibat hujan lebat dalam kawasan masing-masing namun kita lupa bahawa musim cuaca buruk ini dapat menjejaskan taraf ekonomi penduduk dalam kawasan luar bandar semenjak akhir awal bulan Januari ini.

Dengan harga belian getah yang sudah melebihi RM9 sekilogram pada masa sekarang, masalah hujan lebat nyata mengugat mana-mana penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan berasaskan perolehan getah semenjak awal tahun ini.

“Musim Tengkujuh bukan hanya menjejaskan nelayan malahan turut menjejaskan ekonomi penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada hasil menoreh getah selama ini lebih-lebih lagi ketika harga pembeliannya sudah melebihi RM9 sekilogram,” kata seorang penduduk iaitu Embu anak Umpau.

Kata beliau hujan lebat sering turun pada awal pagi (jam 1 hingga 3 pagi) atau malam sebelumnya sehingga mustahil bagi mana-mana penduduk untuk menoreh getah di kebun masing-masing sepanjang bulan ini.

Sementara itu Mura anak Liben memberitahu musim Tengkujuh pada masa sekarang memaksa banyak penduduk luar bandar untuk mencari sumber pendapatan alternatif di kawasan masing-masing.

“Ada diantara mereka beralih kepada aktiviti menjual hasil tanaman di kawasan tepi jalan memandangkan getah mereka tidak ditoreh selama tiga kali seminggu atas faktor cuaca buruk.

“Bagaimanapun saya yakin masalah ini bersifat sementara kerana hujan lebat bukannya turun pada setiap hari. Jika berlaku cuaca mendung maka adalah lebih baik penduduk mengambil peluang untuk menoreh getah masing-masing pada hari itu,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment