Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2011

GB SK Saint Mark, Ulu Layar, Betong maut dalam kemalangan


Caption: MALANG...Mayat mangsa kelihatan ditutup bersebelahan kenderaan yang dipandu oleh beliau pada kemalangan maut itu.


ENGKILILI, Sabtu (8 Jan) – Seorang warga pendidik dari kawasan Taman Siang, Sri Aman maut setelah kenderaan yang dipandu oleh beliau bersama isteri bertembung dengan sebuah kenderaan Pajero di sini petang kelmarin.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ini dikenali sebagai Umpi anak Belasan, 56, yang memegang jawatan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Mark, Ulu Layar, Betong.

Menurut sumber sebelum berlakunya kejadian pada jam 1.30 petang itu, mangsa bersama isteri iaitu Catherine Sindu, 49, sedang dalam perjalanan dari Betong menuju ke Sri Aman menggunakan kenderaan Iswara berwarna merah.

Ketika menghadiri kawasan Kampung San Raba, kenderaan yang dipandu oleh mangsa dipercayai kata sumber telah bertembung dengan kenderaan Pajero milik Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei tanpa sebab sahih yang diketahui.

“Kemalangan ini menyebabkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian. Isteri mangsa pula mengalami kecederaan ringan dan terus dikejarkan ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan rawatan lanjut,” kata sumber.

Sementara itu pemandu kenderaan Pajero berkenaan kata sumber pula tidak mengalami sebarang kecederaan serius menerusi kejadian kemalangan terbabit.

“Kejadian kemalangan di kawasan Kampung San Raba ini turut menyebabkan trak polis yang sedang membawa beberapa anggota polis Pasukan Gerakan Awam dari Kuching ke Miri, terbalik ke tepi jalan,” kata sumber.

Tamat.

1 comment:

  1. Kes orang ini merupakan KES LANGGAR LARI .Kalau salahpun janganlah lari tolonglah orang yg. kena langgar dulu.

    ReplyDelete