Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 January, 2011

Dua jejaka kacak dari Pantu kena pow di stesen bas Sri Aman

SRI AMAN, Ahad (30 Jan) – Nasib malang menimpa dua orang pemuda dari kawasan Pantu, Sri Aman apabila mereka diperas ugut oleh dua orang pemuda lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Stesen Bas Sri Aman pagi kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kido dan Umpek ketika ditemui kelmarin memberitahu mereka sedang berada di kawasan stesen bas berkenaan untuk membaiki motorsikal sebelum diperas ugut oleh dua orang pemuda tidak dikenali itu.

“Kedua-dua lelaki yang tidak kami kenali ini tiba-tiba menghampiri kami berdua dengan menggunakan sebuah motorsikal dan terus meminta sejumlah wang daripada kami berdua.

“Kerana bimbangkan keselamatan nyawa, kedua-dua kami kemudiannya bertindak menyerahkan sejumlah wang kepada kedua-dua lelaki terbabit tanpa banyak soal,” kata Umpek.

Kedua-dua mangsa terbabit bagaimanapun enggan melaporkan perkara ini kepada pihak polis pada waktu itu memandangkan mereka bimbang kedua-dua saspek terbabit akan bertindak mencari mereka berdua semula selepas itu.

Terdahulu kedua-dua mangsa bersama rakan mereka yang lain telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sebuah perkampungan di Sri Aman pada waktu malam sebelum berlakunya kejadian berkenaan.

Ketika dalam perjalanan pulang, motorsikal yang dinaiki kedua-dua mangsa telah mengalami kerosakan pada pendikit minyak dan terpaksa berhenti sebentar di stesen bas berkenaan.

Setelah mengalami kehilangan sejumlah wang akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa akhirnya dapat menyambung semula perjalanan pulang ke Pantu menerusi bantuan dari mekanik berdekatan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment