Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 January, 2011

Dua beradik dari Kampung Nenas, Simunjan hidup miskin




Caption:

1. MERENUNG MASA DEPAN...Hamidah kelihatan sugul mengenang kemiskinan hidupnya selama ini.

2. SERBA KEKURANGAN...Ketiadaan dapur memasakkan Hamidah memasak di atas lantai rumah selama ini.

SIMUNJAN, Sabtu (22 Jan) – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah perkara yang terjadi terhadap pasangan adik-beradik dari Kampung Nenas, Simunjan yang hidup penuh kedaifan pada masa sekarang.

Hamdiah Haji Abang Salleh, 68, dan adiknya Anip Haji Abang Salleh, 67, hidup dalam kemiskinan hingga sekarang walaupun kerajaan telah membina rumah PPRT untuk mereka yang kini kian usang semenjak 10 tahun lepas di kampung berkenaan.

“Lebih menyedihkan di sini ialah kediaman Hamdiah dan Anip langsung tidak mempunyai bilik air, dapur tempat memasak selain ketiadaan bekalan air atau elektrik 24 jam.

“Lagipun rumah kedua-dua adik beradik ini pada asalnya tidak mempunyai bilik tidur sehinggalah penduduk kampung yang prihatin terhadap nasib mereka turun padang bagi membina ruang bilik tidur terbabit,” kata Sapian haji Dobi, 57 tahun.

Beliau ketika meninjau rumah tersebut juga melahirkan rasa agak hairan berhubung ketiadaan bilik tidur, bilik air, ruang dapur memasak serta tanpa kemudahan asas di rumah PPRT yang dibina untuk kedua-dua adik beradik berkenaan semenjak 10 tahun lepas.

Tambah perit lagi dakwa beliau ialah kedua-dua adik beradik ini terpaksa berulang-alik mengangkut air yang diminta daripada jiran untuk kegunaan mandi dan sebagainya pada setiap hari.

“Keadaan ini agak menyukarkan adiknya iaitu Anip yang agak kurang sihat. Justeru mereka merayu bantuan daripada mana-mana pihak untuk membaiki rumah dan menyumbang barang keperluan yang patut kepada mereka selepas ini,” katanya.

Beliau memberitahu pasangan adik beradik tidak mampu menampung kos untuk memperbaiki kediaman mereka sendiri walaupun ada menerima wang kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment