Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 January, 2011

Cuaca buruk sebabkan dua jalan rosak di Simunjan



Caption: PERLU DIBAIKI...Kedua-dua gambar menunjukkan kejadian jalan runtuh yang berlaku di Simunjan kelmarin.


SIMUNJAN, Ahad (30 Jan) – Dua kejadian jalan runtuh telah dikesan berlaku tidak jauh dari kawasan penempatan Kampung Termiang, Simunjan.

Utusan Sarawak yang secara kebetulan sedang dalam perjalanan menuju ke Pekan Simunjan dari arah Sri Aman kelmarin mendapati bahawa separuh dari kawasan jalan ini ditutup untuk kegunaan penduduk.

Seorang penduduk ketika ditemui memberitahu kejadian jalan runtuh berkenaan sebenarnya sudah berlaku sebelum hari Khamis lepas dipercayai berpunca dari kejadian hujan lebat di kawasan Simunjan selama ini.

“Setakat ini belum ada berlakunya sebarang kejadian kemalangan yang disebabkan oleh masalah jalan runtuh yang terletak tidak jauh dari kawasan penempatan Kampung Termiang, Simunjan.

“Justeru saya menasihat pengguna kenderaan agar berhati-hati ketika menghampiri kawasan Termiang sekiranya mereka berhasrat untuk menuju ke Pekan Simunjan selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun sumber lain memberitahu bahawa belum ada kerja pembaikan semula terhadap kedua-dua kawasan jalan runtuh berkenaan sehingga berita ini ditulis pada waktu ini.

“Saya berharap agar pihak berkuasa tempatan bertindak pantas untuk memperbaiki semula kerosakan yang berlaku terhadap kedua-dua kawasan jalan berkenaan selepas ini,” katanya.

Tamat.

2 comments:

  1. JALAN SIMUNJAN MEMANG SENTIASA ROSAK..TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK

    ReplyDelete
  2. Selama ini para pemimpin sarawak sering melaung laung mengatakan sarawak maju tapi kesengsaraan penduduk luar bandar tidak pernah dihiraukan...kalau mereka melawatpun pakai heli macammana mereka tau jalan tu rosak...ataupun mereka sengaja tak mau tau....Itu baru rosak kecik saja ,cuba dia orang pegi ke jalan Sri aman- Tanjung Bijat-Lingga ..baru dia tau,,,

    ReplyDelete