Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 January, 2011

Cadangan upgrade jalan di DUN Balai Ringin, Simanggang dan Bukit Begunan sudah dihantar, Masir


Mugshot: MASIR KUJAT


SRI AMAN, Khamis (20 Jan) – Kertas cadangan bagi tujuan menaiktaraf jalan raya di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen P.202 Sri Aman sudah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan kelulusan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat ketika ditemui media berkata kertas cadangan bagi menaiktaraf jalan ini membabitkan kawasan DUN Balai Ringin (Snowdan Lawan), DUN Bukit Begunan (Mong Dagang) dan DUN Simanggang (Datuk Francis Harden).

“Antara perkara yang terkandung dalam cadangan ini yang telah dihantar kepada Najib pada 8 Januari lepas ialah projek menaiktaraf jalan raya sepanjang 25 kilometer bagi Ulu Paku – Undop dalam kawasan DUN Simanggang.

“Seterusnya pula ialah usaha menaiktaraf jalan raya sepanjang 65 kilometer bagi kawasan Engkeramut, Klauh, Poh Ai, Lachau, Selanjan, Balau dan Banting dalam bagi DUN Bukit Begunan,” katanya.

Terakhir sekali tambah Masir ialah projek menaiktaraf jalan di kawasan Melikin, Simpang bah, Isu Gayau, Simpang Punda, Tekalong dan Batu Kepit bagi DUN Balai Ringin.

Justeru beliau berharap agar Kerajaan Pusat dapat meluluskan kesemua perkara yang terdapat dalam kertas cadangan ini demi mempertingkat mutu hidup penduduk dalam kawasan Parlimen Sri Aman pada masa akan datang.

Terdahulu Masir telah menghadiri Majlis Perasmian Program Info Bestari dan perasmian mesin pelerai padi bertempat di Rumah Romeo Serit anak Menggong, Munggu Demam, Batu Lintang, Sri Aman kelmarin.

Beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 untuk JKKK Rumah Rome Serit manakala RM2,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis. Hadir sama ialah Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachiro Ferdianshah Abdillah, wakil Jabatan Pertanian Sri Aman, Chana Langkan, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment