Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2011

Beri sepenuh kepercayaan kepada BN, Mong


Caption: MANFAATKAN...Mong (kiri) menyampaikan cek MRP kepada seorang penerima (kanan) sambil disaksikan oleh Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Isnin (17 Jan) – Rakyat harus memberi sepenuh kepercayaan terhadap parti Barisan Nasional (BN) untuk terus meneraju pemerintahan Kerajaan Negeri pada pilihan raya akan datang.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang berkata ini kerana BN merupakan satu-satunya komponen parti politik yang cukup berpengalaman dalam melaksana pembangunan negeri dari masa ke semasa.

“Kerajaan masih memerlukan sokongan padu daripada semua lapisan rakyat untuk meneruskan rentak pembangunan dalam seluruh pelusuk kawasan negeri selepas pilihan raya kelak.

“Justeru saya berharap agar rakyat berhenti mendengar segala dakyah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap BN selepas ini kerana ia boleh melemahkan sokongan mereka terhadap kita pada pilihan raya kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JASA Bahagian Sri Aman bertempat di Rumah Meregie, Tekalong Dor, Skim Melugu baru-baru ini.

Selain itu Mong yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan mahu rakyat saling bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

“Kerjasama utuh di antara rakyat dan JKKK akan membolehkan kerajaan membawa masuk pelbagai program pembangunan ke penempatan masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Mong telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM47,000 kepada 13 buah rumah panjang dalam kawasan DUN Bukit Begunan pada majlis itu.

Tamat,

No comments:

Post a Comment