Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

11 keluarga muslim di Pengkalan Pantu terima bantuan TBS



Caption: IKHLAS...Shamsul (kiri) ketika sedang menyampaikan sumbangan kepada Shahdan (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.


PANTU, Selasa (18 Jan) – Sejumlah 11 buah keluarga miskin di Pengkalan Pantu iaitu kira-kira 60 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman menerima bantuan sara hidup daripada pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman petang kelmarin.

Bantuan berupa makanan, minuman, peralatan sekolah dan barang kelengkapan solat itu telah disampaikan kepada penerima menerusi Program Ziarah yang dianjurkan secara bersama oleh TBS Sri Aman dan Pejabat Agama Islam Sri Aman.

Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamshul Bahri Manap ketika berucap pada majlis itu memberitahu pihaknya sentiasa prihatin terhadap masalah kemiskinan yang sering menghimpit kehidupan penduduk luar bandar dalam kawasan Sri Aman selama ini.

“Lagipun TBS juga memberi fokus dalam menjayakan kelangsungan pelajaran anak-anak agar mereka sedar bahawa pendidikan mampu mengubah masa depan hidup masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Justeru beliau menggalakan anak-anak daripada golongan fakir miskin supaya memohon borang bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi yang disediakan di pejabat TBS terdekat atau terus melayari laman web www.tbs.org.my untuk tujuan itu selepas ini.

“Malahan TBS juga akan sentiasa berusaha untuk menyedarkan penduduk Islam akan kepentingan berzakat agar bantuan dapat diperluaskan bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan dari masa ke semasa,” tambah Shamsul.

Hadir sama ialah Penyelaras Unit Dakwah Sri Aman, Pejabat Agama Islam Sri Aman iaitu Ustaz Ridzuadi bin Padil, Setiausaha Urusetia Saudara Kita Sri Aman, Tantiana Len Abdullah, Tuai Rumah Pengkalan Pantu, Wan Bujang bin Wan Ali dan Pengerusi Urusetia Saudara Kita Pengkalan Pantu, Shahdan Abdullah.

Terdahulu Program Ziarah yang dianjurkan secara bersama oleh TBS Sri Aman dan Pejabat Agama Islam Sri Amanini turut pernah diadakan di kawasan Melugu dan Gua Ming, Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment