Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 December, 2010

Usaha sukat tanah NCR akyat diperhebatkan - Harden



Caption: TERIMALAH...Tr Igai (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Harden (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (11 Dis) – Kerajaan masih meneruskan usaha untuk mengazetkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk dalam negeri ini dari masa ke semasa demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Justeru kerjasama daripada penduduk katanya amat diperlukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjayakan kerja menyukat tanah NCR milik masing-masing selepas ini.

“Kerajaan memerlukan kerjasama penduduk (pemilik Tanah NCR) untuk menentukan sempadan tanah milik masing-masing demi memudahkan kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei bagi menjayakan usaha berkenaan.

“Tanpa kerjasama ini, usaha kerja penyukatan tanah oleh kerajaan akan tergendala. Kerajaan tidak mahu berlakunya pertelingkahan antara penduduk berhubung isu berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sivik dan Perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar di Rumah Igai Janting, Nyakai Atas baru-baru ini.

Selain itu para penduduk kata Harden diminta untuk bertemu dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei sekiranya mereka tidak pasti tentang kerja penyukatan tanah NCR masing-masing.

“Saya telah menerima laporan berhubung kes penipuan tanah NCR yang disebabkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini. Jika ada pihak datang mahu menyukat tanah NCR anda sila sahkan dahulu di Jabatan Tanah dan Survei dalam kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Igai.

Majlis sivik di Rumah Igai Janting, Nyakai Atas, Sri Aman ini turut dihadiri oleh para kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment