Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 December, 2010

Tuai Rumah perlu bersikap adil kalau mahu penduduk respect - Rayong


Caption: BAJU BARU...Rayong (kanan) sambil disaksikan oleh Nyalau (kiri) menyampaikan pakaian rasmi Persatuan Tuai Rumah Engkilili kepada Edward(tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Selasa (28 Dis) – Tuai Rumah harus berlaku adil ketika menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dikalangan penghuni rumah panjang masing-masing dari masa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Hari Krismas 1Malaysia Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili hari ini.

Katanya Tuai Rumah yang bersifat adil dalam menyelesaikan kes terbabit akan menyebabkan anak-anak buahnya lebih menghormati beliau sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan selepas itu.

“Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa akan ada penghuni rumah panjang yang tidak akan bertegur sesama sendiri disebabkan oleh isu salah faham di antara satu sama yang lain sebelumnya.

“Dari sini pihak Tuai Rumah harus mula memainkan peranan. Tuai Rumah perlu bertindak untuk mengikis gejala berkenaan dari terus melunar dikalangan penghuni rumah panjang di masa akan datang,” katanya.

Rayong turut menambah bahawa kecekapan Tuai Rumah dalam menguruskan isu berkenaan akan mempercepatkan lagi proses kemajuan rumah panjang masing-masing dari masa ke semasa.

“Kepimpinan Tuai Rumah yang adil dan utuh akan dapat menyatu-padukan seluruh penghuni rumah panjang. Dari sini kerajaan tidak akan menghadapi masalah untuk menyalurkan pelbagai jenis program pembangunan terhadap mereka,” katanya.

Terdahulu Rayong mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili.

Seramai 138 Tuai Rumah dari kawasan Engkilili hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pemanca Samuel Lawen, Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, Kanselor Roy Edward Entalai.

Tamat

1 comment:

  1. TERIMA KASIH MR. RAYONG.SAYA SANGAT TERHARU MENDENGAR HUJAHAN ENCIK.DIJERAGAM SEBUYAU SANGAT KETINGGALAN KERANA MEMPUNYAI TUAI RUMAH YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI.PADA MASA SEKARANG PENDUDUK TIDAK BERTEGUR SAPA KERANA SIKAP BELIAU YANG TIDAK AMBIL PEDULI HAL RAKYAT.ADAKAH PATUT TUAI RUMAH LAYAK MENDAPAT BANTUAN SEPERTI BANTUAN RUMAH SEDANGKAN RAKYATNYA HANYA MENDENGAR DAN TENGOK SAHAJA.

    ReplyDelete