Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2010

Tuai Rumah kurang aktif boleh disingkir - Jabu


Caption: PENGUMUMAN...Jusoh (tengah) ketika memaklumkan pihak media tentang pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah di bilik mesyuarat IPD Sri Aman hari ini.

Pix by Ramidi Subari,

New Sarawak Tribune



SRI AMAN, Khamis (16 Dis) – Tuai Rumah atau Ketua Kampung boleh disingkir dari jawatan masing-masing untuk penggal lantikan yang seterusnya oleh pihak Pejabat Residen mahupun Pejabat Daerah jika mereka gagal menunaikan tanggungjawab dengan baik selepas ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata Tuai Rumah perlu berpikiran lebih aktif dan cergas jika mahu menunaikan tanggungjawab dengan lebih efisien selepas itu.

“Golongan ini perlu tahu dengan lebih terperinci mengenai latar belakang penduduk yang mencakupi pendidikan, perolehan ekonomi, jenis kerja, jumlah isi keluarga dan yang berkaitan ketika ditanya oleh pihak kerajaan.

“Penduduk rumah panjang akan mempertikai kebolehan Tuai Rumah berdasarkan prestasi kerja masing-masing. Jika tidak aktif jangan salahkan pihak Pejabat Daerah atau Pejabat Residen jika menyingkirkan mereka dari jawatan itu bagi penggal lantikan seterusnya kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 (Bahagian Sri Aman) di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu Jabu juga menggesa penduduk untuk tidak menerima kehadiran pakatan pembangkang yang diwujudkan oleh pihak Parti Demokratik Tindakan Rakyat (DAP), Parti KeAdilan Rakyat dan Parti Islam SeMalaysia pada pilihan raya kelak.

“DAP misalannya tidak sensitif terhadap rakyat negeri Sarawak terutama sekali apabila mereka tidak membantah rancangan kemasukan semula bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia iaitu Chin Peng sebelum ini.

“Mereka juga pernah mengagalkan rancangan kerajaan untuk memajukan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk di Kanowit menerusi rancangan pembangunan tanah pada tahun 1995 dahulu. Ini bukti menunjukkan bahawa pihak pembangkang tidak berniat membangunkan hidup penduduk,” katanya.

Hadir sama ialah Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri, Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Gani, Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, para wakil rakyat Barisan Nasional (BN), pegawai tinggi kerajaan dan ketua kaum disini.

Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 (Bahagian Sri Aman) anjuran Angkatan Zaman Mansang atau AZAM ini melibatkan seramai 498 ketua kaum dari kawasan Bahagian Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment