Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2010

Tong gas cikgu Thomas kena curi hahaha ; )

SRI AMAN, Khamis (2 Dis) – Seorang guru mengalami kerugian bernilai ratusan ringgit apabila tong gas yang dibeli olehnya beberapa tahun lepas dicuri oleh pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku berdekatan bangunan lot 916, Jalan Hospital, Sri Aman kelmarin.

Guru yang tinggal di Taman Tiara itu memberitahu beliau turun ke Bandar Sri Aman untuk mengisi semula tong gas yang diletak di ruang simpanan barang belakang kenderaan pacuan empat roda sebelum berlakunya kejadian terbabit.

“Saya kemudiannya parkir kenderaan saya di bengkel bersebelahan bangunan Lot 916 pada jam 6.30 petang kerana mahu membeli barangan tertentu di sesebuah kedai runcit yang berdekatan.

“Apabila saya pulang kembali kira-kira 15 minit kemudian, saya terkejut apabila mendapati bahawa tong gas yang telah saya simpan di belakang kenderaan sebelum itu hilang dicuri orang,” menurut beliau.

Kejadian berkenaan menyebabkan beliau terpaksa membeli nasi bungkus di pusat bandar dan seterusnya makan malam bersama ahli keluarga dengan hanya berlaukkan makanan sardin.

“Tong gas itu saya beli dengan harga RM180 pada masa dahulu. Walaupun nilainya kini boleh mencecah RM300 setong saya tidak yakin bahawa peniaga mahu menjual tong gas ini kepada kita pada masa sekarang,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan penduduk di Bandar Sri Aman untuk tidak meninggalkan barangan yang boleh mendatangkan nilai kepada mana-mana penjenayah ‘miskin’ di bandar ini pada masa akan datang.

Tamat.

1 comment: