Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

Sri Hartati binti Ahmad tolong hubungi saya - Nasir Hadami

Oleh Saleman Senin

BETONG, Selasa (14 Dis) - Sri Hartati binti Ahmad dari Lubok Antu diminta untuk menghubungi segera Nasir bin Hadami dan isterinya Nur’izzati binti Abdullah bagi menyelesaikan masalah persekolahan anak kandungnya Nazarul Azizat selepas ini.

Terdahulu Nazarul telah diambil oleh Nasir dan Nur’izzati sebagai anak angkat ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya iaitu Sri Hartati pada 30 Jun 1997 bertempat di Klinik Lubok Antu.

Nasir ketika ditemui memberitahu beliau telah mengambil Nazarul sebagai anak angkat ketika bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu dan kini mahu mencari Hartati bagi tujuan permohonan kad pengenalan untuk Nazarul.

“Nazarul akan memasuki tingkatan dua pada bulan Januari tahun hadapan dan saya amat memerlukan ibu kandungnya untuk tampil memberi pengesahan serta bukti kukuh bagi memudahkan permohonan kad pengenalan.

“Walaupun Nazarul memiliki sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebelum itu namun pengesahan daripada Hartati masih amat diperlukan. Justeru diharap agar beliau dapat menghubungi saya segera menerusi talian 019-4678089 untuk tujuan itu,” katanya.

Nasir yang kini bertugas di SMK Ulu Layar, Betong juga berharap agar orang ramai yang mengenali Hartati menerusi siaran berita ini dapat memaklumkan segera ibu kandung Nazarul berhubung perkara terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment