Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 December, 2010

SMK Simanggang cemerlang PMR 2010



Caption:

1.TAHNIAH! Pengetua SMK Simanggang, Ibrahim Jamain (tengah) bersama Engkamat (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelajar cemerlang PMR 2010 di sini hari ini.

2. ANTARA pelajar SMK Sri Aman yang memperoleh keputusan cemerlang PMR


SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang mencatat keputusan membanggakan bagi ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang diumumkan secara serentak di seluruh negara pada hari ini.

Penolong Kanan 1 SMK Simanggang, Engkamat Slapok ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini memberitahu sekolah berkenaan telah mencatatkan hasil Gred Purata Sekolah (GPS) yang amat membanggakan iaitu 2.90 bagi PMR 2010 berbanding 2.97 (PMR 2009), 2.95 (PMR 2008) dan 3.09 (PMR 2006).

“Berita baiknya di sini ialah SMK Simanggang juga turut mencatatkan peningkatan dari segi perolehan jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi semua matapelajaran PMR tahun ini iaitu 14 orang (8A dan 7A) berbanding lapan orang bagi PMR tahun 2009.

“Mereka adalah Tristian Low, Dayang Siti Amira, Jee Yap Siang, Jong Chien Boon, Ken Wong Sioang Hou, Lee Shu Ching, Mandy Kii, Mohamad Daniel Syahiran, Noor Syafawani Borhan, Christy Wong, Tay Guan Hau, Siti Noorulfarazrina Daud, Ennelia Johnek dan Beatrice Christine Dickie,” menurut beliau.

Engkamat turut menambah bahawa peratus kelulusan PMR 2010 bagi SMK Simanggang juga turut meningkat iaitu 70.28 peratus berbanding 66.22 peratus bagi PMR 2009, 68.56 peratus bagi PMR 2008 dan 56.57 peratus bagi PMR 2007.

Sementara itu SMK Saint Luke mencatatkan penurunan dari segi GPS bagi keputusan ujian PMR 2010 iaitu 3.12 berbanding dengan 2.92 bagi keputusan ujian PMR tahun lepas.

Walaupun turut mencatat penurunan dari segi peratus kelulusan penuh iaitu 56.96 peratus berbanding 67.39 peratus bagi keputusan PMR 2009 namun SMK Saint Luke berupaya mencatat sejumlah lapan orang pelajar yang memperoleh keputusan 8A, 7A dan 7A 1B bagi keputusan kali ini.

Mereka adalah Adian Weigen Goh, Andrian Jilan anak Reki, Fira anak Selimin, Gordon Bedali anak Jimbun, Lai Chui Kit, Pui Hock Ling, Tay Joon Hui dan Wizilla Janti anak Joshua.

Tamat.

No comments:

Post a Comment