Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 December, 2010

SMK Saratok ranking 1 peratus kelulusan penuh PMR 2010 Betong


Laporan oleh Saleman Senin,

PPD Betong

BETONG, Jumaat (24 Dis) - Seramai 42 orang pelajar dari 12 buah sekolah menengah di Bahagian Betong mendapat gred A bagi kesemua matapelajaran dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 sepertimana yang diumumkan kelmarin.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong ketika dihubungi memberitahu seramai 1,232 dari 2,254 orang calon dari sekolah menengah kawasan Betong yang menduduki PMR 2010 mendapat peratus kelulusan dalam semua matapelajaran yang diambil.

“Peratus kelulusan penuh PMR 2010 bagi Bahagian Betong ialah 54.66 peratus iaitu peningkatan sebanyak 4.19 peratus berbanding dengan keputusan PMR bagi tahun 2009,” katanya.

SMK Saratok menurut beliau masih mengekalkan keputusan peratusan lulus penuh 67.01 peratus dengan tiga orang calonnya memperoleh gred A dalam semua matapelajaran sambil diikuti oleh SMK Datuk Patinggi Kedit Betong yang mendapat sejumlah 62.79 peratus dengan empat orang calon mendapat semua A.

Manakala itu SMK Saint Augustine mencatat sejumlah 59.73 peratus kelulusan penuh dengan lapan orang calonnya memperoleh gred A dalam semua matapelajaran; sekaligus merupakan sekolah yang paling ramai calon memperoleh gred A bagi semua matapelajaran untuk PMR 2010 di Betong.

“Pencapaian memberangsangkan yang diperolehi semua sekolah menengah dalam bahagian Betong pada PMR tahun ini mampu ditingkatkan dengan pelbagai program yang bakal dibawa oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong yang baru iaitu Samsudin bin Drahman.

“Kita berharap agar program yang dirancang kelak mampu memberi kedudukan yang selesa dan membanggakan bagi memberi ruang yang terbaik untuk pendidikan di Betong amnya dan negeri Sarawak khasnya,” menurut beliau.

Samsudin yang mula memegang jawatan sebagai PPD Betong bermula pada 25 Oktober lalu telah merancang berbagai program sebagai usaha melonjakkan pendidikan di Bahagian Betong dengan harapan untuk menjadikan PPD Betong sebagai sebuah institusi yang disegani pada suatu masa kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment