Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2010

Sempena Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Kebangsaan - Lubok Antu sedia!


LUBOK ANTU BOLEH!!! Pasukan lelaki dan wanita Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen P.203 Lubok Antu menunjukkan simbol 1 Malaysia bersama Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak (berdiri empat kanan) ketika berlangsungnya penyerahan bendera Sarawak kepada pasukan berkenaan di Lubok Antu baru-baru ini. Pasukan futsal Parlimen Lubok Antu yang diketuai oleh Alta Abang telah berangkat ke Putrajaya, Kuala Lumpur kelmarin (15 Disember) untuk berentap merebut kejuaraan dalam Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia di sana sehingga 20 Disember kelak. Turut kelihatan ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Syennier Jean Serit (dua kanan) dan Pegawai Penerangan JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja (tiga kiri). - 15 Dis

No comments:

Post a Comment