Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 December, 2010

Sarawak makmur under BN - Wahbi


Caption: UNTUK ALBUM...Wahbi (duduk tengah) bergambar kenangan bersama penduduk RH. Munggu Prin dan rombongan dari negeri Selangor. Turut kelihatan ialah Datin Misriah (duduk empat dari kanan).

DEBAK, Rabu (22 Dis) – Rakyat Sarawak sepatutnya bersyukur terhadap segala nikmat keamanan dan kesenangan yang telah mereka kecapi sepanjang pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di sini semenjak 30 tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata demikian ketika berucap pada Program Lawatan Muhibah ke Rumah Kamarau, Munggu Prin, Debak kelmarin.

Katanya kecekapan BN dalam mentadbir hidup rakyat telah terbukti menerusi transformasi pembangunan negeri Sarawak yang kian pesat pada masa sekarang hasil pimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

“Oleh itu jangan mudah terpedaya terhadap segala dakyah yang pihak pembangkang lemparkan terhadap kerajaan BN ketika mereka berkempen di rumah panjang anda selepas ini.

“BN telah membuktikan segalanya. Justeru tidak wajar sekiranya penduduk menolak BN hanya kerana disebabkan oleh dakyah yang mereka terima daripada pihak pembangkang pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Selain itu Wahbi ketika berucap pada program itu juga mengalakkan proses perkongsian budaya di antara rakyat tempatan negeri Sarawak dengan rakyat dari Semenanjung Malaysia dari masa ke semasa.

Proses pengkongsian budaya dan adat resam ini katanya boleh memperkukuhkan hubungan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum antara dua buah negeri dari masa ke semasa.

Terdahulu Wahbi menerusi program itu telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5000 kepada Rumah Munggu Tunggal, RM5,000 kepada Rumah Munggu Prin dan RM10,000 kepada Tabung kebajikan Rumah Entawa Lakis, Debak.

Program Lawatan Muhibah ke Rumah Kamarau, Munggu Prin ini disertai seramai lapan orang penuntut Institusi Pengajian Tinggi dari Shah Alam, Selangor yang diketuai oleh Datin Misriah

Tamat.

1 comment:

  1. Itu benar, tapi dengar ceritanya ada beberapa kawasan masih ditahap kemunduran di Saribas. Kita dengar rakyat di kawasan-kawasan tersebut sudah pun mengahantar laporan ke pihak atasan ( Ketua Menteri ). Difaham Saribas kubu kuat BN 20 tahun yang lalu, tapi sejak akhir-akhir ini goyah kot. Kita ingat ini bukan masalah BN atau ada something wrong. PM risau PR 2006, tapi yakin pula PR 2008...dengar khabar dan risikan pelbagai agensi..saribas mahu muka baru dalam BN.95 % pengundi semua kawasan menyokong kata-kata PM baru-baru ini. BN tetap pilihan. Warga Sarawak di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete