Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

Sampah di SMK Simanggang tidak dikutip


Caption: PERLU PERHATIAN...Longgokan sampah tidak terkutip di kuaters penginapan kakitangan SMKS perlu diselesaikan semula oleh pihak berwajid selepas ini.

SRI AMAN, Selasa (14 Dis) – Penghuni di kuaters kediaman kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang merayu pihak kontraktor terlantik untuk mengutip sampah sarap yang mula berlonggok di lokasi pembuangan sampah di situ selepas ini.

Seorang pengadu yang enggan namanya didedahkan memberitahu masalah sampah sarap yang tidak dikutip oleh pihak kontraktor terlantik ini telah bermula semenjak cuti sekolah akhir tahun iaitu tiga hingga empat minggu yang lepas.

“Pihak kontraktor terlantik biasanya akan datang mengutip sampah sarap di sini sebanyak dua kali dalam seminggu pada hari biasa sesi persekolahan para pelajar di SMK Simanggang.

“Namun apabila cuti sekolah akhir tahun bermula maka perkara ini akan mula timbul. Longgokan sampah sarap di sini semenjak empat minggu lepas telah menimbulkan bau kurang menyenangkan dikalangan kakitangan sekolah yang masih tinggal di sini,” katanya ketika ditemui pada tinjauan berkenaan pagi hari ini.

Pengadu terbabit juga mendakwa bahawa anjing liar sering berkunjung ke kawasan lokasi pembuangan sampah sarap terbabit untuk menyelongkar segala sisa makanan yang terdapat di situ.

Justeru beliau berharap agar pihak kontraktor terlantik terus melaksanakan kerja mengutip sampah di situ mengikut jadual demi kebaikan kesihatan para kakitangan dan pelajar asrama yang bakal menduduki peperiksanaan selepas ini.

“Masalah ini sering berulang semenjak tiga tahun saya tinggal di sini. Pihak kontraktor terlantik itu hanya akan memulakan kerja mengutip sampah di sini setelah pihak sekolah berulang-kali mendesak untuk mereka berbuat demikian,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment