Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2010

RELA Lubok Antu minta ketua kaum bantu daftar belia sebagai anggota baru

SRI AMAN, Jumaat (17 Dis) – Ketumbukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Lubok Antu meminta jasa baik ketua kaum untuk membantu mendaftarkan para belia dalam keanggotaan RELA selepas ini.

Pegawai RELA Daerah Lubok Antu, Leftenan Kolonel Silon Janda ketika dihubungi memberitahu ketua kaum mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan golongan belia di rumah panjang masing-masing untuk sepanjang masa.

“Ketua kaum boleh membantu menyebar kebaikan penyertaan belia dalam RELA. Ketumbukan RELA menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk golongan belia di Lubok Antu.

“Lagipun RELA boleh membantu mendaftarkan mana-mana beliau berumur 21 tahun ke atas sebagai pengundi berdaftar jika mereka menyertai ketumbukan kita selepas ini,” katanya.

Sementara itu ketumbukan RELA Daerah Lubok Antu kata Silon kini sudah mempunyai sebanyak 2,400 ahli yang berdaftar dalam sistem i-RELA semenjak ia ditubuhkan dari tahun 1995 hingga sekarang.

Bagaimanapun jumlah berkenaan kata Silon tidak mencakupi sejumlah 700 hingga 800 orang RELA yang belum lagi didaftarkan dalam sistem i – RELA walaupun sudah menjalani taklimat asas RELA dan lain-lain latihan pada masa sekarang.

“Justeru saya meminta Tuai Rumah dari kawasan Lubok Antu turun padang bagi membantu pihak RELA menambah jumlah keanggotaannya pada masa akan datang,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment