Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 December, 2010

Rayong minta pihak Majlis Daerah Lubok Antu beri yang terbaik untuk rakyat



Caption: TAHNIAH...Rayong (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang kakitangan (kiri) sambil disaksikan oleh Lolita (tengah) dan Jack (dua kanan) pada majlis berkenaan.

ENGKILILI, Sabtu (11 Dis) – Kakitangan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) diseru untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk khas dari kawasan luar bandar Engkilili selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata ini kerana pihak MDLA perlu mengambil kira tentang masalah pengangkutan yang dialami oleh penduduk luar bandar ketika mereka mahu berurusan di situ.

“Penduduk luar bandar bersusah payah untuk turun ke sini (Pekan Engkilili) demi menguruskan pelbagai perkara rasmi di MDLA sama ada menggunakan jalan sungai atau darat.

“Mereka berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada MDLA. Oleh itu jika kakitangan MDLA jarang berada di pejabat maka masalah terbabit sememangnya akan mengecewakan perasaan mereka selepas itu,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam 2010 anjuran Kelab Kebajikan, Rekreasi Dan Sukan MDLA yang berlangsung di dewan berkenaan malam kelmarin.

Rayong pada majlis itu turut menasihatkan kakitangan MDLA agar tidak terlalu membuang masa di luar pejabat memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengurus hal ehwal hidup penduduk sepanjang masa.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5, 000 masing-masing kepada Kelab Kebajikan , Rekrasi Dan Sukan MDLA dan RANDO.

Rayong juga turut menyampaikan peruntukkan kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah (PTTR) Dearah Kecil Engkilili bagi membeli baju korporat buat mereka. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Setiausaha MDLA, Lolita Jaime Nicholas dan ketua kaum di sini.

Tamat....

No comments:

Post a Comment