Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 December, 2010

Program Gotong Royong Kampung Melayu erat perpaduan



Caption: KERJASAMA...Sarip (berdiri empat kiri) dan Saleman (kiri sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama penduduk pada program terbabit.

Saleman Senin

BETONG, Selasa (28 Dis) – Jabatan Penerangan Daerah Betong dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong telah menganjurkan Program Gotong-Royong di Kampung Passa Betong baru-baru ini.

Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Sarip Liam berkata program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk kampung serta memberi kesedaran dan perubahan dalam pembangunan komuniti.

“Pihak kerajaan menerusi program ini mahu menggerak serta menyampaikan maklumat berhubung dasar kerajaan dalam membangunkan komuniti kampung.

“Lagipun pihak kita menerusi program berkenaan juga mahu memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan penduduk bagi memupuk keserasian yang padu dalam sesebuah kampung,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Justeru Sarip yang juga pernah memangku jawatan Pegawai Penerangan Daerah Betong sebelum ini berharap agar program berkenaan dapat memupuk hubungan kerjasama dikalangan penduduk pada masa akan datang.

Terdahulu seramai 60 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, pemuda dan warga tua di kampung tersebut telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Selain aktiviti gotong-royong tersebut, pihaknya juga merancang untuk membersihkan kawasan perkuburan Islam Belaki, Kampung Melayu Betong pada 1 Januari tahun hadapan.

Penganjur turut menyediakan hamper untuk cabutan bertuah pada akhir program tersebut. Jamuan turut disediakan sebagai membalas usaha penduduk kampung yang terlibat dalam program tersebut.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Melayu Passa, Abu Samad bin Latip, wakil Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Saleman bin Senin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment