Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 December, 2010

Pos Imigresen Lubok Antu anjur Gotong Royong anti Denggi



Mugshot: NELSON NAGA ALAM


SRI AMAN, Jumaat (10 Dis) – Pos Imigresen Daerah Lubok Antu telah menyahut seruan kerajaan bagi membendung penularan wabak Deman Denggi dengan melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan pejabat mereka baru-baru ini.

Jurucakap penganjur, Nelson Naga Alam ketika ditemui dihubungi memberitahu aktiviti gotong-royong menangani wabak Demam Denggi ini telah melibatkan penyertaan seramai 26 orang kakitangan imigresen, kastam dan penduduk rumah panjang Krangan Mong di Lubok Antu.

“Menerusi aktiviti gotong-royong ini pihak kita telah bertindak membersihkan kawasan parit dan sampah yang dipercayai berpontensi untuk menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita yakin dengan adanya langkah ini, pihak kita secara tidak langsung berjaya mengurangkan risiko penularan wabak Demam Denggi dikalangan kakitangan kerajaan di Lubok Antu pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa aktiviti gotong-royong ini akan dapat merapatkan hubungan antara penduduk dengan kakitangan pos Imigresen Lubok Antu untuk sepanjang masa.

Aktiviti terbabit kata Naga akan membolehkan penduduk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peranan dan tanggungjawab kakitangan Pos Imigresen Lubok Antu dalam melaksanakan urusan berkaitan imigresen selepas ini.

Terdahulu aktiviti gotong-royong yang diketuai oleh Ketua Imigresen Pos Lubok Antu, Kujang anak Baling itu turut diserikan lagi dengan Majlis Jamuan Makan Tengahari Pra Krismas 2010.

Tamat.

No comments:

Post a Comment