Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 December, 2010

Penubuhan KRT kukuhkan perpaduan - Dirwana


Caption: TAHNIAH...Pengerusi KRT Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem (kiri) menerima sijil KRT daripada Dirwarna sambil disaksikan tetamu khas yang lain pada majlis itu.


SRI AMAN, Selasa (21 Dis) – Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dapat memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dalam negeri ini khususnya di Sri Aman.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Sarawak, Dirwarna Haji Azool berkata KRT memainkan peranan penting dalam menghimpunkan semua rakyat berbilang kaum bagi sesebuah kawasan dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara selepas ini.

“KRT memainkan peranan penting dalam mengalakkan kewujudan hubungan kerjasama yang lebih kukuh dikalangan rakyat berlainan etnik dan agama dalam sesebuah penempatan itu.

“Ini juga menjurus kepada wujudnya keharmonian dan kesejahteraan dikalangan rakyat dalam sesebuah penempatan. Justeru semua pihak diharap menjayakan segala aktiviti atau program yang dilaksana oleh sesebuah KRT bagi tujuan itu di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran KRT Baru Peringkat Bahagian Sri Aman bertempat yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu hubungan perpaduan yang utuh dikalangan rakyat berbilang kaum menurut Dirwana secara tidak langsung akan memudahkan lagi proses pembangunan yang dilaksana oleh kerajaan selepas ini.

Beliau menambah hubungan perpaduan menyumbang kepada pelbagai aspek positif pembangunan negara dan negeri seperti peningkatan pelaburan asing, kelancaran proses pembangunan dan peningkatan taraf hidup sosial rakyat.

Terdahulu sejumlah 12 buah KRT baru dalam Bahagian Sri Aman dilancar pada majlis itu. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Sarawak, Delin Liet Blaun, wakil Residen Sri Aman, Zaidi Haji Sarkawi, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment