Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2010

Orang ramai dijemput meriahkan Kempen Pencegahan Jenayah di Waterfront, Sri Aman pada 20 Disember ini


Caption: PENGUMUMAN...Jusoh (tengah) ketika memaklumkan pihak media tentang pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah di bilik mesyuarat IPD Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Khamis (16 Dis) – Orang ramai dijemput untuk memeriahkan pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah bertempat di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula jam 6.30 pagi pada 20 Disember.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh bin Muhammad menerusi sidang media hari ini memberitahu majlis anjuran Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman itu bertujuan untuk memberi kesedaran tentang langkah pencegahan jenayah dikalangan penduduk di sini.

“Kita mahu penduduk menjadikan jenayah sebagai musuh utama dalam hidup mereka selepas ini disamping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara polis dan penduduk di Sri Aman.

“Walaupun kadar jenayah di Sri Aman terkawal dan kian menurun, pihak polis tetap mengambil pelbagai langkah untuk terus membendung jenayah ini termasuk menganjurkan Kempen Pencegahan Jenayah pada 20 Disember kelak,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan pada kempen ini kata Jusoh ialah pameran cegah jenayah, pameran unit udara dan pasukan gerakan marin, kaunter pendaftaran rakan cop, kaunter PDRM bersama pelanggan, pertandingan larian ‘cegah jenayah’, pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah, pertandingan melukis kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah, pertandingan senaman kenyalang, demonstrasi oleh unit anjing pengesan dan penggunaan T–Baton, persembahan pancaragam PDRM IPK Sarawak dan Persembahan Nyanyian Kombo IPK Sarawak.

Pertandingan Larian ‘Cegah Jenayah’ kata Jusoh dibahagi kepada tiga kategori iaitu Bawah 15 Tahun Lelaki / Perempuan, Terbuka Lelaki dan Perempuan dan Veteran 45 Tahun ke atas (lelaki sahaja).

“Penyertaan sebanyak 100 peserta dikhaskan kepada Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Berumur 6 Tahun Kebawah dan Pertandingan Melukis Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah.

“Bagi Pertandingan Larian ‘Cegah Jenayah’, peserta berumur 15 Tahun Kebawah perlu mendapatkan pengesahan daripada ibubapa terlebih dahulu. Pertandingan Senaman Kenyalang pula dibuka kepada semua penduduk dalam kawasan Sri Aman,” katanya.

Orang ramai yang mahu mengambil bahagian dalam pertandingan ini kata beliau boleh mendaftarkan diri secara percuma pada waktu ketika berlangsungnya majlis itu atau terus mendapatkan borang dari Ketua Polis Balai Sri Aman mulai sekarang.

“Untuk menjayakan kempen ini, pihak kita akan menutup laluan jalan raya di kawasan Tepekong Cina, kawasan Kubu Alice, Jalan Kelab berhampiran kawasan lampu isyarat dalam Bandar Sri Aman.

“Justeru orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi menjayakan majlis yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dengan kehadiran Pesuruhjaya Polis Sarawak iaitu DCP Dato Mohmad Salleh,” katanya.

Tamat.

2 comments: