Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 December, 2010

MRP milik BN - Harden


Caption: MANFAATKAN...Harden menyampaikan cek MRP kepada penerima sambil disaksikan oleh Rahman pada majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (3 Dis) – Duit peruntukan Projek Kecil Luar Bandar atau MRP yang sering disalurkan kepada penduduk selama ini adalah merupakan milik kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mahu agar semua penduduk tidak menganggap duit MRP berkenaan adalah milik wakil rakyat BN selepas ini.

“Tanggapan ini timbul apabila wakil rakyat BN mengumumkan peruntukan berkenaan dan seterusnya menyampaikan MRP tersebut kepada para penerima menerusi majlis tertentu.

“Sayugia diingatkan bahawa MRP bukan datang daripada wakil rakyat sebaliknya daripada kerajaan BN itu sendiri. Kerajaan menyediakan peruntukan MRP kepada setiap wakil rakyat BN untuk disalurkan kepada penduduk dalam kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Penyampaian MRP kepada penerima bertempat di Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang kelmarin.

Selain itu Harden juga mahu setiap persatuan atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) mengumumkan perkara mengenai penerimaan MRP daripada kerajaan dikalangan anak buah masing-masing selepas itu.

“Ia penting agar anak buah masing-masing tahu bahawa JKKK atau persatuan mereka telah menerima peruntukan daripada kerajaan. Jika tidak penduduk akan mendakwa kerajaan tidak menghulurkan MRP kepada mereka di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Harden telah menyampaikan cek peruntukan MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM428,000 kepada 49 buah jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung, persatuan, gereja dan sekolah dalam kawasan Sri Aman.

Hadir sama untuk menyaksikan majlis ini ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli bin Sanusi, Kaunselor Sawing anak Sumar, setiausaha sulit kepada Harden iaitu Jerome Runggol dan ahli SUPP Simanggang yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment