Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 December, 2010

Manfaat handphone untuk salur maklumat kepada hotline polis


Caption: PERANGI JENAYAH...Soffian ketika berucap sambil diiringi oleh DSP Jusoh Jusoh Muhammad (kiri) pada majlis berkenaan pagi kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (21 Dis) – Penduduk dinasihat untuk memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi komunikasi yang sedia ada pada sekarang seperti telefon bimbit bagi menyalurkan segala maklumat berkaitan jenayah terhadap pihak polis selepas ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sarawak, SAC Dato Ahmad Soffian Md Yassin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah anjuran IPD Sri Aman di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman kelmarin.

Katanya orang ramai menerusi telefon bimbit mereka boleh menyalurkan maklumat tentang jenayah dengan menghubungi talian hotline IPK Negeri Sarawak iaitu 082-240800 atau menghantar SMS ke 32728 selepas ini.

“Tidak ramai penduduk yang mengetahui bahawa mereka boleh menyalurkan maklumat berhubung kes jenayah dengan menghubungi atau menghantar SMS (Sistem Mesej Ringkas) ke talian infoline IPK Sarawak dengan menggunakan telefon bimbit mereka sendiri.

“Dengan berbuat demikian pihak Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih mudah selepas ini. Justeru saya berharap agar penduduk memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan dunia telekomunikasi yang sedia ada sekarang,” katanya.

Sementara itu perlaksanaan Kempen Pencegahan Jenayah kata Soffian adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenal oleh PDRM bagi melibatkan campurtangan penduduk bagi membenteras aktiviti jenayah di kawasan penempatan masing-masing.

Kempen Pencegahan Jenayah ini katanya membolehkan pihak polis memberitahu orang awam bahawa tentang hal jenayah disamping mewujudkan komuniti anti jenayah dari masa ke semasa.

“Kempen ini merupakan landasan yang penting untuk penduduk. Maka itu diharap agar menerusi kempen ini, kita akan dapat mewujudkan komuniti penduduk yang mencintai keamanan serta keselamatan di masa akan datang,” katanya.

Kempen ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat. Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad, Majistret Sri Aman, Zulhairil Sulaiman, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment