Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 December, 2010

Luar bandar perlu BN



Caption: TAHNIAH...Saleman (kanan) ketika menyampaikan hamper kepada penerima (tengah) sambil disaksikan oleh Sarip pada majlis itu.


BETONG, Khamis (30 Dis) – Pembangunan pesat Sarawak khasnya dalam kawasan luar bandar hanya dapat dicapai sekiranya rakyat terus menyokong padu kerajaan Barisan Nasional (BN) dari masa ke semasa.

Wakil Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Saleman bin Senin berkata demikian ketika ditemui pada Program Gotong-Royong di Kampung Passa Betong anjuran Jabatan Penerangan Daerah Betong dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong baru-baru ini.

Katanya kerajaan BN mempunyai prestasi cemerlang dalam menaiktaraf hidup rakyat di negeri ini dan ia mampu dicapai dengan adanya peruntukan besar dari pihak kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan.

“Kejayaan BN terletak di tangan rakyat yang menyokong mereka. Semakin kuat rakyat menyokong BN maka semakin unggul projek pembangunan yang kerajaan laksanakan untuk mereka selepas itu,” menurut beliau.

Selain itu Saleman juga menasihatkan rakyat Kampung Melayu Betong untuk terus bermuafakat sekiranya mahu menikmati faedah pembangunan secara berterusan daripada kerajaan BN selepas ini.

Terdahulu seramai 60 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, pemuda dan warga tua di kampung tersebut telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Selain aktiviti gotong-royong tersebut, pihaknya juga merancang untuk membersihkan kawasan perkuburan Islam Belaki, Kampung Melayu Betong pada 1 Januari tahun hadapan.

Hadir sama ialah Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Sarip Liam dan Ketua Kampung Melayu Passa, Abu Samad bin Latip.

Tamat...

No comments:

Post a Comment