Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 December, 2010

Lantik pihak RELA untuk jadi polis jaga Sungai yang sudah ditagang - Uggah


Caption: TAHNIAH...Uggah (kanan) menyampaikan sijil kepada seorang anggota RELA sambil disaksikan (dari kanan sekali), Jack, Nyalau, Rayong dan Silon ketika berlangsungnya majlis itu.

ENGKILILI, Isnin (20 Dis) – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri bagi melantik pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) selaku ‘polis’ bagi menjaga kelancaran projek Tagang dalam negeri ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Penutupan Perlawanan Futsal dan Pertandingan Karaoke anjuran RELA Lubok Antu di Dewan Skim Skrang, Engkilili, kelmarin.

Pihak RELA menerusi cadangan ini katanya akan bertindak menjaga sesebuah sungai yang telah melalui proses Tagang agar ia bebas daripada aktiviti perikanan penduduk dari masa ke semasa.

“Di Sabah, penduduk yang menceroboh kawasan sungai yang telah melalui proses Tagang akan dihukum secara adat namun tidak bagi penduduk di Sarawak yang bertindak sedemikian.

“Oleh itu peranan RELA amat penting dalam isu ini. Tanpa usaha ini hidupan akuatik yang telah diternak dalam sesebuah sungai menerusi proses Tagang tidak akan bertahan lama daripada tindakan perikanan penduduk setempat selepas itu,” katanya.

Justeru bagi menguji keberkesanan cadangan terbabit, kerajaan kata Uggah telah pun memilih Engkilili sebagai daerah pertama yang bakal memanfaatkan anggota RELA bagi menjaya sungai yang telah melalui proses Tagang di situ pada masa akan datang.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM20,000 kepada ketumbukan RELA Daerah Lubok Antu manakala RM5,000 lagi untuk ketumbukan berkenaan membeli pakaian seragam baru.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Pegawai RELA Daerah Lubok Antu, Leftenan Kolonel (RELA) Silon anak Janda.

Tamat.

No comments:

Post a Comment