Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2010

Ketua kaum harus bantu land survei main peranan - Sudarsono


Caption: MESRA....Surdasono (tengah) sedang berbual mesra dengan Kapitan Tan Choo Poh (kanan) sambil diperhati oleh Majuan (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (2 Dis) – Ketua kaum harus turun padang untuk membantu Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dalam memainkan peranan mereka terhadap hal ehwal pengurusan tanah rakyat mulai sekarang.

Pengarah Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Dato Surdasono Osman berkata ini kerana perkara tanah sangat dekat dan sensitif di hati rakyat serta perlu diuruskan dengan cekap hasil bantuan ketua kaum untuk sepanjang masa.

“Ketua kaum adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Justeru JTS memerlukan bantuan mereka untuk menerangkan dasar kerajaan berhubung hal ehwal pembangunan tanah rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa ketua kaum dipelawa untuk berjumpa dengan pegawai di JTS dalam kawasan masing-masing sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu tanah yang membabitkan tanah rakyat selepas ini.

Surdasono berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam LANDAS 2010 anjuran JTS Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu beliau juga menasihatkan kakitangan JTS Bahagian Sri Aman untuk membiasakan diri dengan perlaksanaan sistem LASIS (Sistem Maklumat Tanah dan Survei) Fasa 2 yang mencakupi daerah ini semenjak 15 Julai lepas.

“Perlaksanaan sistem LASIS Fasa 2 di Sri Aman secara tidak langsung membolehkan kakitangan JTS memainkan peranan serta tanggungjawab dengan lebih efisyen untuk para rakyat di sini.

“LASIS yang membolehkan JTS Sri Aman berhubung secara online dengan pihak ibupejabat dipercayai mampu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pihak kita terhadap rakyat selepas ini,” katanya.

Terdahulu majlis telah diserikan lagi dengan majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang, hadiah kepada kakitangan JTS yang bakal bersara dan berpindah, persembahan kebudayaan, pertandingan AF LANDAS dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Sajeli bin Kipli, Penguasa JTS Bahagian Sri Aman, Majuan bin Jeraie dan wakil Pejabat Residen Sri Aman, Thomas Kendawang.

Tamat.

1 comment:

  1. not like kpg sg bedil penghulu morni abon who steal all the reserve land along sungai sarawak and give to his brother....what the fuck land survei name roslan working with this culprit

    ReplyDelete