Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2010

Keluarga miskin dari Pakit A, Sri Aman rayu kerajaan pertimbang bantuan



Caption:

1. PERLU PERHATIAN...Masalah kemiskinan hidup yang melanda Brian bersama isteri iaitu Enap perlu mendapat perhatian kerajaan selepas ini.

2. USANG...Kediaman yang didiami oleh keluarga Brian perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan.


SRI AMAN, Isnin (6 Dis) – Dua buah keluarga miskin dari Rumah Melunggang anak Adir, Pakit A, Sri Aman merayu bantuan secepat daripada kerajaan demi kebaikan hidup mereka selepas ini.

Dua buah keluarga miskin terbabit iaitu Brain anak Tamuk dan Vincent anak Adir ketika ditemui memberitahu mereka telah memohon bantuan berupa Skim Program Bantu Rumah (PBR) atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPBKR) pada tahun ini.

“Borang permohonan bagi kedua-dua jenis bantuan berkenaan telah kami isi dan diserah menerusi Tuai Rumah kepada wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan (Mong) dan Parlimen Sri Aman (Masir) di sini.

“Bagaimanapun jawapan berhubung status permohonan ini masih belum lagi diputuskan oleh mereka sehingga sekarang dan kami memohon agar jasa baik kerajaan untuk mempertimbangkan semula permohonan terbabit selepas ini,” kata Brain dan Vincent ketika ditemui hari ini.

Kedua-dua pihak turut menambah bahawa rumah yang mereka diami sekarang ini tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai tempat tinggal bagi seisi keluarga memandangkan ia sudah uzur serta terlalu usang.

Brain yang mengalami masalah rabun mata telah menyara kehidupan isterinya iaitu Enap anak Adir dan seorang anak yang masih bersekolah di tingkatan dua dengan hanya bekerja sebagai buruh binaan dan bertani.

Manakala itu Vincent menyara kehidupan isterinya Piu anak Ambau dan tiga orang anak yang masih lagi belum bersekolah juga dengan hanya bekerja sebagai buruh binaan serta bertani.

Justeru kedua-dua keluarga miskin ini berharap agar kerajaan menerusi wakil rakyat di kawasan mereka dapat meluluskan secepat mungkin permohonan ini demi meringankan hidup mereka di masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment