Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2010

Keluarga mangsa kebakaran Kampung Tengah dapat bantuan BSMM


Caption: IKHLAS...Mashore (kiri) menyampaikan bantuan kepada Dayang Mastiah (kanan) sambil disaksikan oleh ahli BSMM yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (6 Dis) – Nasib malang yang menimpa lima orang dua buah keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian kebakaran di Kampung Tengah pada 4 Disember lepas nyata mendapat perhatian Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman kelmarin.

Terdahulu keluarga Jamaiah binti Arip (bersama tiga orang ahli keluarga) dan Dayang Mastiah binti Abang Mat (tinggal seorang) hilang sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dijilat api pada hari berkenaan.

BSMM cabang Sri Aman yang diketuai oleh Pengerusi Misi Bantuan Kemanusiaan, Mas Mashore Haji Maslem bersama Charles Tay, Fahmi Zulfadhli dan Jackson telah menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kepada kedua-dua keluarga mangsa terbabit.

Mashore ketika ditemui memberitahu BSMM cabang Sri Aman akan terus turun padang untuk membantu mana-mana penduduk dalam kawasan Sri Aman yang ditimpa tragedi atau bencana selepas ini.

“Saya selaku mewakili BSMM cabang Sri Aman merayu penduduk dalam bandar Sri Aman untuk turun padang bagi membantu kedua-dua keluarga ini dari segi pelbagai jenis bantuan yang ada.

“Anda tidak akan tahu bila masa penempatan anda akan ditimpa bencana. Justeru saya berharap agar jasa penduduk yang membantu kedua-dua keluarga mangsa akan dibalas kembali oleh lain-lain pihak di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment