Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman sain MoU


Caption: SELESAI...Isaac (kanan) menyerahkan MoU kepada Mark (kiri) ketika berlangsungnya upacara ringkas menandatangani MoU antara kedua-dua pihak.


SRI AMAN, Isnin (13 Dis) – Kelab Gimnasium 1Malaysia atau Gimnasium Rakyat Sri Aman buat pertama kalinya telah menempa sejarah setelah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Upacara ringkas tandatangan MoU antara Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini telah berlangsung pada majlis makan malam kelab terbabit pada malam Khamis lepas.

Proses tandatangan MoU bagi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman disempurnakan oleh pengerusi barunya iaitu Isaac Stalin anak Simon manakala Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman diwakili oleh Mark Leeroy Anthony.

Isaac ketika ditemui memberitahu Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman akan melakukan usaha yang terbaik bagi memajukan pengurusan Pusat Kemudahan Gimnasium Rakyat Sri Aman dengan termeterainya perjanjian antara dua pihak ini.

“Pihak kami menguruskan Pusat Kemudahan Gimnasium Rakyat Sri Aman ini dengan sebaik mungkin berpandukan kepada MoU yang ditandatangani bersama pihak Belia dan Sukan Sri Aman.

“Oleh yang demikian saya akan berusaha untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat dikalangan ahli bagi menjayakan segala usaha kecergasan dan senaman dikalangan rakyat Sri Aman dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman menerusi majlis makan malam itu telah meraikan bekas pengerusinya, Zulhairil Sulaiman bersama enam orang bekas AJK kelab yang lain iaitu Elison Linggoh, Vyoonie Maclean Pugie, Morgan Alban, Rogayah Ali, Erwin Lamat dan penulis sendiri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment