Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 December, 2010

Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman anjur Dinner 2010


Caption: PENGHARGAAN...Isaac (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Zulhairil (kiri) sambil disaksikan oleh Mark (kiri sekali) dan Mazfiza (kanan sekali) pada majlis itu.


SRI AMAN, Jumaat (10 Dis) –Kelab Gimnasium 1Malaysia @ Gimnasium Rakyat Sri Aman telah mengadakan Majlis Makan Malam 2010 bersama ahli jawatankuasa baru dan lama di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam tadi.

Pengerusinya, Isaac Stalin anak Simon berkata majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan tali silaturahim dikalangan para ahli termasuk mereka yang pernah menyertai jawatankuasa kelab sebelum ini.

“Selain itu pihak kita juga mahu mewujudkan hubungan kerjasama di antara ahli baru dan ahli lama dalam merancakkan lagi pengurusan pihak kelab terhadap Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman.

“Justeru di harap agar majlis makan malam ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama antara penjawat awam dan kakitangan swasta yang pernah bersama-sama memajukan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman,” katanya.

Terdahulu Majlis Makan Malam 2010 ini telah diserikan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tujuh orang bekas ahli Jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman.

Bekas ahli jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman 2009 – 2010 yang dirai dalam majlis ini Zulhairil bin Sulaiman, Elison Lingoh, Vyonnie Maclean Pugie, Morgan Alban, Erwin Lamat, Rogayah Ali dan penulis sendiri.

Majlis Makan Malam Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman ini juga turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak kelab dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Hadir sama ialah wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mark Leeroy Anthony dan Mazfiza bin Mahamad Badawi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment