Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2010

Kakitangan PPD Sri Aman dirai pindah tugas


Caption: UNTUK ALBUM...Lamat (dua kiri) bergambar kenangan bersama tiga orang kakitangan PPD Sri Aman yang telah dinaikkan pangkat iaitu dari (kanan sekali) Langgi, Limok dan Rahman pada majlis itu.


SRI AMAN, Selasa ( 7 Dis) – Tiga orang kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman yang bakal berpindah tempat tugas telah diraikan menerusi Majlis Jasamu Dikenang 2010 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman baru-baru ini.

Tiga orang kakitangan PPD Sri Aman yang diraikan menerusi majlis yang bermula pada jam 7 malam terbabit adalah Haji Abdul Rahman bin Haji Muhiyuddin, Limok anak Shem dan Langgi anak Ujang.

Rahman dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah di Meradong setelah memegang jawatan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman sebelum ini manakala Limok dan Langgie pula masing-masing dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Daerah di Selanggau serta Song.

Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai ketika berucap merasmikan Majlis Jasamu Dikenang 2010 berkenaan merakamkan penghargaan kepada ketiga-tiga pegawai terbabit di atas sumbangan terhadap PPD Sri Aman selama ini.

“Saya berharap agar ketiga-tiga mereka dapat menyumbang kepada peningkatan akademik pelajar di Meradong, Selanggau dan Song sebaik sahaja memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah di sana selepas ini.

“Justeru inilah masanya bagi mereka untuk memanfaatkan sepenuh pengalaman yang mereka peroleh ketika berkhidmat di PPD Sri Aman pada masa dahulu demi kebaikan penduduk di kawasan tadbir masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Majlis Jasamu Dikenang PPD Sri Aman ini juga turut meraikan tiga orang guru besar yang bakal bersara dari perkhidmatan iaitu Sylvester Embuas dari SK Nanga Klassen, Winston Dimbap anak Jala dari SK Saint Luke dan Ramping Manjor daru SK Abok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment