Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2010

Jangan segan rayu bantuan - Nyalau


Caption: PRIHATIN...Nyalau (kiri) menyerahkan kerusi roda kepada Tampie yang menghadapi penyakit lumpuh sambil disaksikan oleh Kapitan Tay Choo Meng (kanan).


LUBOK ANTU, Isnin (6 Dis) – Rakyat kurang bernasib tidak harus segan untuk mengadu kepada mana-mana bertanggungjawab yang boleh membantu mengurangkan masalah hidup mereka selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata tindakan mereka yang hanya berdiam diri berhubung masalah itu hanya akan menyebabkan kegagalan wakil rakyat untuk mengesan masalah hidup mereka untuk sepanjang masa.

“Rakyat kurang bernasib dari kawasan luar bandar harus berani untuk bertemu wakil rakyat atau agensi kerajaan dalam kawasan mereka sendiri berkaitan bagi mengadu masalah hidup masing-masing.

“Wakil rakyat atau jabatan kerajaan tidak akan tahu masalah hidup anda jika malu hendak mengadu. Justeru saya berharap agar rakyat kurang berkemampuan berani berbuat demikian agar kerajaan tidak dipersalahkan di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyampaikan kerusi roda kepada Tampie anak Balai di Rumah Panjang Munan, Nanga Ensawang dalam daerah Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga meminta orang ramai termasuk ketua kaum untuk menghebahkan program benteras kemiskinan kepada rakyat luar bandar yang sedang dilaksana oleh kerajaan pada masa sekarang.

“Ia termasuklah program e – kasih, Program Perumahan Rakyat Termiskinan dan banyak lagi. Saya meminta orang ramai untuk memujuk rakyat yang berkelayakan bagi memohon bantuan itu daripada kerajaan.

“Kerajaan melakukan yang terbaik untuk rakyat. Maka itu tanggungjawab bersama antara orang ramai dan ketua kaum dilihat amat penting bagi menjayakan misi kerajaan dalam membenteras kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia selepas ini,” menurut beliau.

Sementara itu penerima kerusi roda terbabit iaitu Tampie, 68, mengucapkan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) di atas sumbangan berkenaan sehingga membolehkan beliau bergerak bebas semula selepas itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment