Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

Jangan percaya pembangkang mahu lantik Dayak jadi CM - Rayong


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta sebaik sahaja tamat kursus berkenaan hari ini.


ENGKILILI, Selasa (14 Dis) – Hasrat pihak pembangkang yang mahu melantik orang Dayak memegang jawatan sebagau Ketua Menteri Sarawak sekiranya mereka berjaya mengambilalih teraju Kerajaan Negeri pada pilihan raya kelak hanyalah propaganda semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kursus Pemimpin Masyarakat N.28 Engkilili di Dewan Masyarakat Engkilili hari ini.

Katanya ia merupakan ‘gula-gula politik’ yang ditawarkan kepada semua masyarakat dalam negeri ini demi meraih sokongan daripada mereka pada pilihan raya negeri akan datang.

“Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana Barisan Nasional (BN) yang dibimbing oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan terus mendapat sokongan daripada masyarakat di neger ini pada pilihan raya kelak.

“Ini kerana masyarakat masih memerlukan BN untuk terus maju. Justeru saya nasihatkan semua lapisan masyarakat dalam negeri ini untuk tidak terlalu mempercayai janji pihak pembangkang berkenaan selepas ini,” katanya.

Sementara itu Rayong pada majlis itu meminta cawangan parti BN di Engkilili iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk bergabung mempertahankan kerusi DUN Engkilili milik BN pada pilihan raya kelak.

Keempat-empat komponen parti BN ini katanya harus bekerjasama untuk mengatur pelbagai strategi bagi memastikan masyarakat terus mengunci calon BN di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri ini nanti.

Terdahulu seramai 100 orang peserta ketua masyarakat dari parti SUPP, PBB, PRS dan SPDP mengambil bahagian dalam Majlis Perasmian Kursus Pemimpin Masyarakat N.28 Engkilili di Dewan Masyarakat Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment