Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 December, 2010

Jangan dengar fitnah daripada pihak negeri maju - Saini

SRI AMAN, Rabu (29 Dis) – Fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) oleh golongan berhaluan kiri dari negeri yang sudah maju dalam Malaysia tidak harus diterima pakai oleh penduduk dalam negeri Sarawak khasnya dari Sri Aman selepas ini.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini bin Bojeng berkata demikian ketika berucap pada Program Info Bestari dan Majlis Dialog bertempat di Restoran Tandang Sari, Sri Aman malam tadi.

Katanya penduduk Sarawak masih ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri maju yang sudah terlebih dahulu mengecapi kemerdekaan sebelum ini dan masih memerlukan BN bagi tujuan kemajuan hidup dari masa ke semasa.

“Misalannya mereka mendakwa bahawa projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) nyata yang tidak menguntungkan penduduk negeri kita pada masa sekarang.

“Dakwaan ini salah kerana SCORE sebenarnya masih dalam proses pembinaan. Ia akan memberi keuntungan pada jangka masa panjang dari segi peluang pekerjaan dan bukannya seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya.

Bagaimanapun kata Saini lazimnya memang sudah menjadi kelemahan sikap ‘orang kita’ yang gemar mempercayai dakwaan pihak berhaluan kiri tanpa memeriksa kesahihan fitnah berkenaan terlebih dahulu.

Justeru sikap seperti itu kata beliau perlu dikikis oleh ‘orang kita’ sekiranya mereka mahu menikmati kemajuan hidup yang lebih bermakna hasil sumbangan BN pada masa akan datang.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis. Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, wakil Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment