Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 December, 2010

Jangan biar tanah NCR gagal disukat kerana pembangkang, Harden


Caption: TERIMA KASIH...Harden (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Empaga (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


SRI AMAN, Khamis (30 Dis) – Jangan biar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) gagal disukat oleh kerajaan disebabkan oleh tindakan penduduk yang mempercayai hasutan pihak pembangkang berhubung perkara berkenaan selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata isu tanah NCR sebenarnya telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan dengan adanya peruntukan bernilai RM20 juta dan tambahan sebanyak RM60 juta lagi bagi tujuan itu oleh kerajaan sebelum ini.

“Pihak pembangkang tidak berhenti mencari modal bagi menimbulkan pelbagai isu termasuk tanah NCR bagi melemahkan sokongan penduduk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Lagipun kerajaan BN telah menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan isu ini dengan memulakan kerja menyukat tanah mereka. Justeru saya berharap agar tanah NCR tidak lagi dijadikan sebagai isu oleh mereka selepas ini,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Sivik di Rumah Empaga, San Demam, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu pertelingkahan berterusan dikalangan penduduk berhubung sempadan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik masing-masing hanya akan melambatkan kerja menyukat tanah mereka oleh kerajaan selepas ini.

“Hentikan pertelingkahan berhubung perkara tersebut mulai sekarang dan beri kerjasama terhadap JTS dalam kerja menyukat tanah milik mereka di masa akan datang,” katanya lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachrio Feroiansyah Abdillah, Peguasa JTS Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, Chief Inspektor Nizam Bujang, wakil jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment