Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 December, 2010

Jaga alam sekitar sungai - Uggah


Caption: RASMI...Uggah (tengah) sambil dibantu oleh anggota bomba ketika melakukan semburan air menerus paip bomba sebagai simbolik perasmian majlis.

BETONG, Jumaat (24 Dis) – Kebersihan kawasan sungai hanya dapat dikekalkan sekiranya rakyat berhenti membuang sampah secara berleluasa di situ mulai sekarang demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah anak Embas.

Katanya tabiat membuang sampah secara berleluasa ke dalam sungai hanya menimbulkan isu pencemaran alam sekitar sehingga boleh mengancam sumber air dan makanan penduduk selepas itu.

“Pencemaran alam sekitar dari kawasan sungai hanya boleh dibendung sekiranya penduduk membuang sampah ke dalam tapak yang dibina oleh mereka di di penempatan masing-masing.

“Langkah ini penting kerana sungai juga merupakan sumber air, makanan serta rezeki penduduk. Justeru saya berharap agar penduduk serius menjaga alam sekitar sungai mulai sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Kesedaran Alam Sekitar di Kampung Spaoh, Betong kelmarin.

Selain itu kata Uggah pihak kementerian beliau juga sudah menumbuhkan sejumlah 220 buah Ahli Jawatankuasa Alam Sekitar (AJK) di seluruh negara Malaysia hingga ke masa sekarang.

“Kerajaan juga akan mengalakkan penduduk untuk mengitar semula bahan buang supaya ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Uggah pada majlis itu telah mengumumkan sumbangan bernilai RM1,000 kepada semua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban bagi menyokong usaha pembersihan kampung masing-masing.

Terdahulu program yang berlangsung selama dua hari di Kampung Spaoh itu telah diselitkan dengan majlis gotong-royong, ceramah kesedaran alam sekitar, pameran alam sekitar dan kempen membeli balik barangan kitar semula.

Tamat.

No comments:

Post a Comment