Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 December, 2010

Jadikan Al Quran sebagai panduan hidup - Simoi




Caption: FOKUS...Simoi (tengah) ketika sedang menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran di Lingga bersama dengan tetamu jemputan khas yang lain.


LINGGA, Sabtu (11 Dis) – Umat Islam perlu menjadikan Kitab Suci Al-Quran sebagai panduan hidup untuk sepanjang masa demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Katanya Al-Quran menggariskan pelbagai ajaran suci yang diwahyukan oleh Allah SWT menerusi Nabi Muhammad untuk dijadikan sebagai panduan hidup yang penuh oleh umat Islam pada masa sekarang.

“Allah SWT menerusi Al – Quran mendidik semua umat Islam untuk terus menjalani kehidupan yang suci tanpa adanya sebarang perilaku yang melanggar hukum agama dari masa ke semasa.

“Untuk itu adalah amat penting bagi ibubapa untuk mendidik dan mengajar anak masing-masing mendalami ajaran suci Islam selepas ini. Majlis tilawah Al-Quran ini misalannya boleh dijadikan sebagai platform penting oleh semua umat Islam untuk tujuan terbabit,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid 1432 H / 2010 M bagi Peringkat Daerah Zon Lingga di sini petang hari Rabu lepas.

Selain itu beliau juga mahu umat Islam untuk terus memperkukuhkan hubungan perpaduan yang sedia ada di antara satu sama yang lain demi memacu pembangunan ummah selepas ini.

“Komuniti Islam perlu kuat dengan adanya hubungan perpaduan ini. Justeru saya berharap agar hubungan perpaduan di antara ummah dapat dikekalkan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Lingga, Wan Madehi, Timbalan Ketua Cawangan PBB N.23 Lingga, Bakthiar Mathan, Pemanca Haji Abang Bohari Abang Zen, Penghulu Jamari Abang Edi dan Pegawai JASA N.23 Lingga, Sulaiman Amut.

Majlis Tilawah Al-Quran ini disertai oleh dua orang peserta Qari (lelaki) dan empat orang Qariah (wanita) manakala pertandingan nasyid pada majlis itu disertai oleh tiga buah kumpulan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment