Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 December, 2010

Haji Awang Sahpri juara Qari Tilawah Al-Quran Zon Sri Aman 2010




Caption: TAHNIAH...Rahman (kiri) menyampaikan hadiah kepada Sahpri (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu jemputan khas pada majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (23 Dis) – Haji Awang Sahpri bin Awang Halil muncul johan bagi Kategori Qari, Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman (Zon Sri Aman) 1432H / 2010M yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir baru-baru ini.

Sahpri muncul juara setelah berjaya saingan daripada tujuh orang peserta lelaki yang turut berentap untuk merebut kedudukan johan bagi kategori Qari dalam Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman berkenaan.

Kedudukan naib johan Kategori Qari bagi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman ini pula dimenangi oleh Matzrol bin Rapaie sambil diikuti oleh Haji Ahmad Alwi bin Kipli yang menduduki tempat ke-3 dalam kategori itu.

Empat orang peserta Kategori Qari yang mendapat kedudukan tempat ke-4 hingga ke-7 dalam Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman ini ialah Abang Razali bin Abang Ramli, Shafiee Anie, Salleh bin Taha dan Wan Habib bin Wan Sait.

Sementara itu Jaleha binti Solfie telah dinobatkan sebagai johan Kategori Qariah bagi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman sambil diikuti oleh Kuraisyah Beevi binti Aziz yang menduduki kedudukan naib johan dalam kategori itu.

Lenona Fatimah binti Haji Mohd Shabelie dan Sabariah binti Samsuri pula masing-masing dinobatkan pemenang tempat ke-3 dan ke-4 bagi Kategori Qariah dalam pertandingan itu.

Majlis berkenaan juga turut diserikan dengan Pertandingan Nasyid yang menyaksikan Kumpulan Takzirah dari Kampung Hilir Sri Aman muncul juara sambil diikuti oleh Kumpulan Rawiyani dari JAN Sri Aman yang muncul sebagai pemenang tempat kedua.

Terdahulu maljlis perasmian Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sri Aman 1432H / 2010M dan Pertandingan Nasyid serta penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim dan Penghulu Haji Salleh bin Mohammad.

Tamat.

No comments:

Post a Comment