Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

Cakap pembangkang jangan percaya - Nyalau


Caption: SELAMAT DATANG...Penyambut tetamu Rumah Lampie menyematkan bunga pada dada Nyalau sebaik sahaja tiba pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Selasa (14 Dis) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh terhadap pelbagai dakyah mengenai keburukan kerajaan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bertempat di Rumah Lampie, Bulo, dalam daerah Lubok Antu disini baru-baru ini.

Menurut Nyalau, dakyah mengenai keburukan kerajaan lazimnya akan dilemparkan oleh sesetengah pihak tertentu acapkali menjelang musim pilihan raya negeri atau parlimen di kawasan masing-masing.

“Mereka dakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘begini dan begitu’ terhadap rakyat. Itu perkara normal yang dilakukan oleh mereka demi meraih sokongan politik menjelang pilihan raya kelak,” katanya.

Kerajaan yang didokong oleh Barisan Nasional (BN) sebaliknya kata beliau sentiasa menampilkan hasil kerja memberangsangkan untuk rakyat berbanding pihak ‘berkenaan’ di kawasan bandar dan luar bandar negeri ini.

Justeru rakyat yang pintar kata Nyalau adalah mereka yang tahu membezakan ‘kaca dan permata’ menjelang pilihan raya negeri atau parlimen di kawasan masing-masing selepas ini.

Nyalau memperuntukan sebanyak RM3,000 kepada biro wanita rumah panjang berkenaan pada majlis itu.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Lubok Antu, James Roselly Robert Resa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, Pembantu Penerangan Daerah Lubok Antu, Dennis Tandat dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Kanan Daerah Lubok Antu, Geoffery Unding.

Tamat….

No comments:

Post a Comment