Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 December, 2010

BN peka masalah hidup rakyat, Nyalau


Caption: MANFAATKAN...Nyalau (kanan) menyampaikan bakul nutrisi makanan kepada penerima (kiri) sambil disaksikan oleh Rayong (tengah), Jaul (tiga kanan), dan Rohana (dua kanan) pada majlis itu.

LUBOK ANTU, Rabu (22 Dis) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan menunaikan janji mereka terhadap rakyat untuk sepanjang masa demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Menurut beliau kerajaan yang diteraju oleh BN sentiasa memainkan peranan untuk memajukan hidup rakyat dan bukan hanya pandai bercakap kosong ketika atau sebelum pilihan raya selama ini.

“Apa yang kita kata akan kita tunaikan untuk rakyat. Kita tidak seperti pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong pada pilihan raya dan terus menghilangkan diri selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gempur NKRA anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman di Dewan Serbaguna Lubok Antu hari ini.

Selain itu rakyat kata Nyalau juga perlu sedar bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang layak untuk membangunkan hidup mereka berdasarkan pengalaman mentadbir negara ini semenjak merdeka dahulu.

Kerajaan BN katanya telah berjaya membuktikan kebolehan mereka dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat pembangunan hasil kecekapan dan kebolehan barisan pemimpinnya selama ini.

“Oleh itu saya meminta semua rakyat untuk terus berdiri teguh di belakang kerajaan BN menjelang pilihan raya negeri atau umum akan datang. BN amat memerlukan sokongan berterusan rakyat demi mentransformasikan pembangunan negara khasnya di Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu seramai 1,293 orang penduduk yang terdiri daripada 569 penerima bantuan tilam / bantal, 642 bantuan bakul nutrisi makanan dan 82 orang penerima bantuan uniform sekolah hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sri Aman, Rohana Isnawi, Penghulu Jaul Lutau, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment