Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

BN gabungan parti politik untuk rakyat - Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) menyampaikan cek kepada Tr Dainel (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (13 Dis) – Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan parti politik yang terbaik dalam memimpin kerajaan untuk memajukan rakyat di negara ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Justeru pentadbiran bersistematik tinggi yang dimiliki oleh kerajaan pada masa sekarang katanya tidak harus diubah oleh rakyat sekiranya pembangkang berjaya mengambilalih kerajaan negeri atau persekutuan disebabkan undian mereka pada pilihan raya akan datang.

“Jika BN tewas, maka kerajaan baru yang diambilalih oleh mereka (pembangkang) selepas pillihan raya negeri atau parlimen kelak terpaksa memulakan jentera pentadbiran dari peringkat sifar.

“Dengan kata lain proses itu akan memakan masa dan merugikan rakyat dalam kawasan itu sendiri. Ia merupakan kesilapan rakyat sekiranya mereka menumbangkan BN dengan mengundi pihak pembangkang pada pilihan raya kelak,” katanya.

Harden berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Daniel, Guntong, Batu Lintang Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kerajaan yang diambilalih oleh pihak pembangkang kata beliau nyata tidak stabil disebabkan berlakunya perbalahan dikalangan parti komponen yang meneraju pentadbiran kerajaan tersebut.

“Oleh itu saya meminta rakyat untuk terus memberikan sokongan padu mereka terhadap BN pada pilihan raya negeri kelak demi mengekalkan sistem pentadbiran kerajaan yang sedia ada pada masa sekarang,” katanya.

Harden pada majlis itu menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Daniel.

Tamat.

No comments:

Post a Comment